SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
English | Bahasa Malaysia
Q1. Apakah bentuk perniagaan di wawwi.com?
A: Kami di wawwi.com adalah sebuah laman web perniagaan berkonsepkan minisite & dilengkapi sistem affiliate sistem web jualan minisite dari wawwi.comuntuk memberi peluang kepada pelawat-pelawat mencari sumber pendapatan sampingan dengan mempromosikan laman web kami ini.
Untuk permulaan ini, kami menawarkan program Paid To Promote (PTP) & menjemput pelawat-pelawat untuk mempromosikan laman web kami ini dan kami membayar komisyen dibayar dengan klik per pelawat unik (selepas ini disebut sebagai Pay Per Click, PPC).
Kami juga menjual produk-produk kami iaitu produk layout Wawwi Peel Away Ads, Wawwi Optin Slideup, laman web minisite affiliate d.i.y (bakal dipasarkan tidak lama lagi) dan beberapa produk yang akan ditambah dari semasa ke semasa di mana, agen promosi maya/promoter online (selepas ini disebut sebagai agen Waww! Affiliate) berpeluang memperoleh komisyen jika mereka berjaya membawa pelawat & menghasilkan jualan melalui bahan promosi atau laman web mereka.
Q2. Apakah itu Program Affiliate?
A: Program Affiliate ialah suatu sistem atau program pengurusan kedai online & juga perlantikan pekerja secara online yang dipasang ke atas satu-satu laman web kebiasannya di halaman web bercirikan minisite yang menawarkan satu produk atau kumpulan produk per halaman minisite mengikut niche tertentu. Sistem affiliate ini akan menguruskan segala perkara seperti pendaftaran, pengesahan bayaran, follow up E-Mel kepada pelanggan, pembayaran komisyen kepada agen dan banyak lagi.
Dengan menyertai Program Affiliate di sesuatu halaman web, ini bermakna anda telah bekerja sebagai agen promosi (agen affiliate) untuk laman web itu. Kebiasaanya Program Affiliate hanya menawarkan bayaran kepada agen selepas terdapat jualan dari agen tersebut sahaja. Tiada jualan, tiada komisyen.
Di sini kami berkongsi sebahagian keuntungan kami kepada agen affiliate. Program Affiliate kami ini bukanlah program Multilevel Marketing (MLM) kerana sesiapa sahaja boleh menyertai agen affiliate kami secara percuma tanpa dikenakan sebarang yuran pendaftaran, tidak diwajibkan membeli sebarang tawaran produk dan hanya memperoleh komisyen apabila terhasilnya jualan sahaja. Selain itu setiap agen layak menerima komisyen Pay Per Klik*, KomisyenPay Per Lead ataupun Pay Per Sale & bonus-bonus* sampingan dari kami sebagai galakan meneruskan promosi laman web kami ini.
Q3. Adakah Program Affiliate wawwi.com ini Multilevel Marketing (MLM)?
A: Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Program Affiliate kami bukan Multilevel Marketing. Komisyen yang dibayar hanya 1 Tier (level) sahaja dimana anda mempromosi, jika terdapat jualan anda akan dapat komisyen. Sistem pangkat yang digunakan juga bukan MLM kerana ia hanyalah perbezaan komisyen bagi agen yang bergiat cergas mempromosi dengan agen biasa. Siapa rajin, dia dapat komisyen lebih.
Agen juga tidak akan mendapat sebarang kerugian jika mereka gagal membuat sebarang jualan melalui promosi mereka kerana agen affiliate tidak dikenakan sebarang yuran pendaftaran dan tidak diwajibkan terlebih dahulu membeli produk kami. Pendaftaran menjadi agen affiliate kami 100% PERCUMA! Malahan agen berpeluang memperoleh komisyen hanya membawa sahaja pelawat ke laman web ini dimana kami membayar RM0.03 per unik pelawat** yang hadir dari promosi. Jadi apa ditunggu lagi? Sertai kami sekarang dengan Klik Sini
Q4. Bagaimana untuk mendaftar sebagai promoter (agen affiliate) wawwi.com?
A: Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate kami secara percuma dihttp:/wawwi.com/join/
Q5. Bagaimana untuk log masuk ke akaun agen affiliate?
A: Terima kasih agen affiliate. Bagi rakan-rakan yang baru sahaja mendaftar diucapkan selamat menyertai komuniti agen Waww! Affiliate. Untuk log masuk ke akaun affiliate anda, sila layari http://wawwi.com/agen/
Q6. Bagaimana untuk mendapatkan semula katalaluan jika agen affiliate terlupa?
A: Jika agen affiliate terlupa katalaluan, sila layari laman log masuk agen affiliate & klik pada pautan Lupa Katalaluan. Masukkan E-Mel yang anda guna untuk mendaftar sebagai agen affiliate kami. Selepas itu, anda akan menerima E-Mel dari kami yang mengandungi ID Affiliate anda & Katalaluan anda.
Jangan lupa untuk kemaskini semula maklumat akaun. Jika anda benar-benar tidak dapat mengakses ke laman akaun anda walaupun sudah mencuba beberapa kali mendapatkan katalaluan semula itu, sila beri laporan kepada kami. Pihak kami sentiasa dekat dengan anda untuk membantu masalah anda.
Q7. Apakah terma & syarat untuk menjadi agen affiliate wawwi.com?
A: Anda boleh membaca Terma & Syarat kami dihttp://wawwi.com/terma_dan_syarat/index.html yang dikemaskini dari semasa ke semasa
*Pay Per Click kami bersifat Maksimum Filter. Tidak semua link yang dijana dipilih untuk dibayar. Direct Klik tidak dikira sebagai Pay Per Click.
** Hanya link yang benar dibawa & pelawat melawat dengan unik untuk suatu tempoh tertentu sahaja dibayar.
** Pay Per Click ini dibuka pada waktu promosi dan dihadkan untuk 20 000 klik unik. Komisyen Minimum dibayar adalah RM10.00.
Soalan-soalan lazim akan ditambah dari semasa ke semasa

